Rahsia Di Sebalik Nama

 

Mengikut Tilikan Ilmu Ahli Nujum Negara

 

Pengertian Bahasa

Abdul Rani Ibrahim

Abdul Rani nama diberi oleh kedua orang tua tercinta. Dimana "Abdul" membawa pengertian "Hamba", manakala "Rani" bererti "Kaya". Jadi "Abdul Rani" bermaksud "Hamba Yang Kaya"  mengikut pengertian "Bahasa Arab", yang telah menjadi panduan dan rujukan bagi kebanyakan Orang Melayu sewaktu menamakan anak anak mereka yang baru lahir.

"Ibrahim" pula merupakan nama Ayahanda tercinta yang diberi nama sempena nama salah seorang Nabi iaitu "Nabi Ibrahim" yang telah menjadi petunjuk dan pemimpin Agama Tuhan di zamannya.

Anokjate

Anokjate merupakan nama gelaran yang digunakan olehku sewaktu melayari IRC dan ianya telah menjadi nama kedua bagiku. Ianya bermaksud "Anak Lelaki" mengikut "Loghat Kelantan".

Tandatangan 

Tahun 1983 - 1989

Tahun 1989 - 1995

Tahun 1995 - Sekarang

Ketiga tiga tandatangan di atas merupakan pengenalan diri yang pernah digunakan olehku. Tandatangan yang pertama dari tahun 1983 sehingga tahun 1989, dimana ianya terpaksa ditukar kerana menyerupai tandatangan seorang kawanku dari Melaka. Manakala sekali lagi aku menukarkan tandatangan yang kedua sebagai satu tanda perubahan matlamat diri. Dimana tandatangan yang terakhir dan masih digunakan sehingga kini, berdasarkan ejaan nama dalam tulisan jawi. Ianya adalah semata mata ingin memertabatkan bahasa dan tulisan ibunda kita. Hanya inilah yang termampu dilakukan bagi menzahirkan kebanggaanku yang dilahirkan sebagai seorang Melayu yang beragama Islam.

 

Copyright © 2001 Anokjate. All Rights Reserved.
[ The
Coolest Man From The Hottest Place Of Planet Earth ]
 <Anokjate@Melayu.Net>