Anokjate

Nurmarini

Suhailah Rozana Lydiawati Nurr

Smile28

AngelEyez

       
Muka Depan

Di Sebalik Tabir

Gambar

Biodata

Karya

Email

Setinggi tinggi penghargaan buat semua insan yang pernah mengenali diri ini. Segala kenangan yang kalian berikan sewaktu dulu tetap segar di dalam sanubariku. Hanya kerana batasan sempadan dan waktu membuatkan kita terpisah jauh, namun diri ini tetap akan mengenang segala suka dan duka yang telah kita lalui sewaktu dulu. Segala pedoman dan nasihat, serta tunjuk ajar yang kalian berikan, akan tetap ku kenang dan ku ingati, dan akan ku jadikan pedoman untuk melayari kehidupan dimasa akan datang.

Untuk teman teman seperjuangan.. teruskan perjalanan..kerana di hadapan masih terbentang jalan yang terlalu panjang dan berliku untuk kita lalui. Berbekalkan adat, berpandukan hukum, kita akan mampu menghadapi segala rintangan dan halangan yang bakal kita tempui. Sesungguhnya setiap cubaan dan dugaan yang telah ditentukan itu, tersembunyi seribu rahsia untuk kita singkapi dan hayati. Ingatlah... Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambaNya.. cuma kita sahaja yang menzalimi diri sendiri. Maka, jangan jadikan sesuatu kegagalan itu sebagai batasan dan sempadan untuk kita meneruskan perjalanan dalam mengejari kehidupan ini. Anggaplah ianya sebagai suatu pedoman dan pengajaran yang tidak ternilai untuk kita...Guru yang terbaik adalah kesilapan...

Untuk seorang insan yang telah memberikan kepercayaan, kejujuran dan keikhlasannya kepadaku. Mengertilah... sesungguhnya diri ini amat menghargainya dan akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk membalasinya. Meskipun aku tak punyai apa yang boleh dibanggakan, ku tak memiliki apa yang boleh diagungkan.... Cuma aku masih ada segumpal rasa yang telah sekian lama terselindung di sebalik tirai naluri kudus ini. Disaat kau menghulurkan persahabatan,  ku menyambutnya dengan jutaan penghargaan. Diketika kau suarakan rasa, aku terkelu tanpa kata. Diwaktu kau menduga jiwa, aku terbakar bahang cinta... Cuma aku masih meneka, antara benar atau dusta, antara benci atau cinta... Lalu ku lakarkan satu Suara Jiwa untuk seorang teman

   Jangan biarkan persahabatan kita terkulai layu seperti kuntuman bunga yang kekeringan. Siramilah ianya dengan kejujuran dan keikhlasan, bajailah ia dengan kemesraan dan kasih sayang. Kelak nanti ianya akan tetap segar biarpun kemarau semusim melanda, meskipun ribut dan taufan mendatang...

Pastikan ianya tetap utuh hingga ke akhir zaman


Copyright © 2001 Anokjate. All Rights Reserved.
[ The
Coolest Man From The Hottest Place Of Planet Earth ]
 <Anokjate@Melayu.Net>